`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 4, 2023

Rafie hanya boleh cakap kosong sahaja, kata pemimpin PKR NS

 

Ismail Ahmad bertemu peniaga dan orang ramai di Taman Gadong Indah.

SEREMBAN: Seorang pemimpin PKR Negeri Sembilan menyifatkan bekas rakan sejawatnya Rafie Abdul Malek yang bertanding atas tiket bebas di Ampangan hanya boleh bercakap kosong untuk menarik pengundi.

Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Ismail Ahmad berkata penyertaan Rafie tidak akan memberi kesan dan parti sudah tentu mempunyai alasan menggugurkannya daripada mempertahankan kerusi terbabit.

“Pada saya tidak beri kesan di Negeri Sembilan, kita bincang-bincang tengok kalau andai nak menang Negeri Sembilan, dia (Rafie) boleh cakap kosong.

“Sebab kami merupakan kerajaan ‘walk and talk’, sudah terbukti dalam tempoh lima tahun (PH) perintah Negeri Sembilan telah membaiki ekonomi serta memperkenalkan 72 insentif kepada rakyat,” katanya kepada FMT.

Rafie, bekas exco Negeri Sembilan membuat kejutan apabila tampil sebagai calon bebas untuk mempertahankan DUN Ampangan.

Kerusi itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Rafie, calon Pakatan Harapan (PH) Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Ismail yang juga calon PH DUN Labu berkata kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian untuk menjadikan gaji termasuk sektor penjawat awam setaraf dengan kenaikan kos sara hidup.

“Jadi Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah janji ingin kaji dan buat penyelarasan gaji penjawat awam, pastinya beri kesan juga kepada sektor swasta,” katanya yang menang pada PRU14 dengan majoriti 882 undi.

Ismail akan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Hanifah Abu Baker. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.