`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 3, 2023

Jangan buang undi, Umno NS ingatkan orang muda

 

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias meminta calon BN mengemukakan dasar perjuangan bakal dibuktikan kepada rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.

KUALA PILAH: Umno Negeri Sembilan mengingatkan pengundi muda supaya tidak membuang undi pada 12 Ogos ini demi masa depan negara.

Ketuanya, Jalaluddin Alias, berkata disebabkan itu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu membentangkan dasar, visi dan misi khusus bagi kepentingan orang muda.

“Ini agar memberi keyakinan kepada golongan muda untuk tidak membuang undi. Ini perkara penting untuk masa depan kita,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan BN DUN Juasseh.

Jumlah keseluruhan pengundi muda berumur 18 hingga 20 tahun adalah seramai 661,905 orang pada PRN enam negeri 12 Ogos ini.

Pengundi kumpulan itu di Negeri Sembilan seramai 55,017 orang dan Selangor mencatatkan rekod paling tinggi berbanding negeri lain iaitu 274,194 orang.

Jalaluddin turut mengingatkan pengundi muda jangan membuang undi kerana tiga faktor iaitu fitnah, mainan emosi dan janji kosong.

“Gunakan peluang 12 Ogos ini untuk melihat masa depan semua generasi (demi) agama, bangsa dan masyarakat Negeri Sembilan,” katanya.

Sementara itu, Jalaluddin berkata Perikatan Nasional (PN) cuba memainkan emosi dan persepsi bagi menarik pengundi terutama orang Melayu mengundi mereka dengan mengatakan boleh merampas Negeri Sembilan daripada kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, beliau berkata pengundi Negeri Sembilan sudah melihat dan mengetahui khidmat jasa dan bakti BN dan PH.

“Saya tak kata mereka mempunyai angan-angan kosong…tetapi mereka boleh menyatakan berapa kerusi boleh dimenangi…20, 29 atau 36 kerusi (DUN).

“Tetapi kita boleh tunggu keputusan akan dibuat pengundi pada 12 Ogos nanti,” katanya.

Jalaluddin berharap semua calon BN menjaga keselamatan, kesihatan dan mengemukakan dasar perjuangan bakal dibuktikan kepada rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Jangan fitnah, adu domba, hina dan caci pihak lawan kita. Bawa dasar kerajaan perpaduan yang bakal dinikmati rakyat. Itu penting bagi saya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.