`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 3, 2023

Rayu minta makanan bongkar budak didera

 

Tangkap layar video tular menunjukkan kesan kecederaan pada badan kanak-kanak itu yang disyaki menjadi mangsa dera ibu dan teman lelaki wanita itu.

IPOH: Rayuan sayu seorang budak lelaki berusia empat tahun di sebalik jeriji berkunci rumahnya untuk meminta makanan daripada orang ramai, membongkar kisah malang kanak-kanak itu menjadi mangsa dera ibu dan teman lelaki wanita tersebut.

Kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dan dipenuhi kesan luka seluruh badan itu, kemudian diselamatkan polis, selepas menerima laporan daripada orang awam semalam.

Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan 4.30 petang semalam, memaklumkan mengenai seorang kanak-kanak yang tinggal di sebuah pangsapuri di kawasan Menglembu, disyaki didera penjaganya.

“Mangsa ditemukan oleh orang awam dalam keadaan kelaparan dan terdapat kesan kecederaan di seluruh badan. Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Yahaya berkata polis menahan seorang lelaki dan wanita berusia 25 dan 23 tahun di rumah sama, kira-kira 3 petang hari sama.

Yahaya berkata, polis turut merampas paip getah dan rotan digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.

“Lelaki yang merupakan pengutip kotak dan wanita bekerja sebagai tukang cuci itu direman lima hari hingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut.

“Mangsa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan dan pemerhatian,” katanya memaklumkan lelaki itu didapati positif dadah methamphetamine.

Yahaya berkata, polis sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.