`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 3, 2023

Kerjasama perlu, terimalah hakikat, kata Khaled kepada ahli Umno

 

Khaled Nordin berkata Umno tidak boleh bergerak solo, perlu ada kerjasama. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Rakyat khususnya penyokong Umno perlu belajar menerima hakikat perlunya kerjasama dengan gabungan lain kerana hakikat politik kini tidak memungkinkan sesebuah parti menjadi kerajaan secara tunggal.

Naib Presidennya Khaled Nordin berkata pada PRU15 tiada satu gabungan tidak dapat membentuk pentadbiran sebelum pembentukan kerajaan perpaduan gabungan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan parti dari Sabah serta Sarawak.

“Itulah yang akan berlaku selepas ini. Maknanya kita kena belajar bekerjasama dengan mana-mana parti lain kalau hendak ada kedudukan, kuasa dan jadi kerajaan.

“Perikatan Nasional (PN) pun kena belajar kerjasama dengan Umno, ingat dia suka ke kita? Kena belajar.

“Apatah lagi ini zaman memang kita tak boleh bergerak silo. Zaman ini, kita perlu ada kerjasama dan ia menjalar kepada keadaan berpolitik,” katanya pada satu majlis di Shah Alam malam tadi menurut Utusan Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi itu, sepanjang bekerjasama dengan DAP, parti itu tidak pernah memaksa Umno menggugurkan agenda dan perjuangannya sebagai parti mewakili Melayu.

“Ada DAP suruh gugurkan perjuangan kita? Ada pernah dengar? Ya betul, di Wilayah Persekutuan dia buat usul hendak tubuh pilihan raya peringkat kerajaan tempatan.

“Tetapi sesiapa pun boleh buat usul, Umno pun boleh yang lain, tak ada masalah,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.