`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 7, 2023

5 lagi laporan babit kerugian RM6.31 juta kes i-Serve diterima

 

Ramli Mohamed Yoosuf berkata, keseluruhan 72 laporan penipuan pelaburan i-Serve membabitkan kerugian berjumlah RM88 juta diterima setakat ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis menerima lima lagi laporan penipuan pelaburan i-Serve membabitkan kerugian RM6.31 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf berkata keseluruhan 72 laporan diterima sehingga kini membabitkan kerugian berjumlah RM88 juta.

“Sebelum ini, polis menerima 67 laporan dibuat beberapa individu mendakwa menjadi mangsa pelaburan ini,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, sepasang suami isteri berumur 58 dan 57 tahun yang direman dua hari untuk membantu siasatan akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Jumaat lalu, polis dilaporkan menerima 67 laporan berhubung pelaburan i-Serve membabitkan kerugian berjumlah RM81,609,900.

Media melaporkan siasatan polis kini memfokuskan pembabitan pemegang saham i-Serve dengan individu bergelar “Datuk” berhubung perniagaan rangkaian syarikat itu menggunakan hasil pengubahan wang haram.

Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai berkomplot dengan dalang utama dan rangkaian perniagaan i-Serve sejak 2018 disyaki hasil wang pelaburan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.