`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 15, 2023

Lelaki hina PM ditahan

 

Suspek direman hingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata polis.

SEPANG: Seorang pekerja kilang ditahan kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi aplikasi WhatsApp miliknya.

Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata lelaki berusia 43 tahun yang beralamat di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini ditahan kira-kira 9.30 malam di Melaka semalam.

Beliau berkata lelaki itu direman hingga esok untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, seorang pemilik akaun X memaparkan dakwaan mengenai seorang anggota polis yang bertugas di IPD Sepang telah melontarkan komen jelik terhadap perdana menteri menerusi tangkap layar aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Wan Kamarul telah mengeluarkan kenyataan semalam menafikan dakwaan berkenaan yang mengatakan terdapat anggota polis di Sepang telah mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri.

Semakan sistem I-prs melalui nombor telefon yang tular dan di cawangan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), Bukit Aman mengesahkan individu berkenaan bukan warga kerja polis, katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.