`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 5, 2023

AMK cadang tubuh unit khas pantau isu 3R

 

Adam Adli Abdul Halim berkata AMK akan meneliti cadangan untuk menubuhkan unit khas bagi membantu memantau sebarang isu 3R di media sosial.

IPOH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) bercadang untuk menubuhkan unit khas bagi membantu memantau sebarang isu agama, raja dan kaum (3R) di media sosial.

Ketuanya, Adam Adli Abdul Halim, berkata ia antara cadangan dikemukakan ketika Konvensyen AMK dan akan diteliti bagi menentukan kaedah pelaksanaannya.

“Kalau ada orang menggunakan media sosial membuat tohmahan dan dakwaan menggunakan isu-isu perkauman biarlah ada naratif balas dan ia antara perkara yang boleh dibuat oleh unit ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Konvensyen AMK Wilayah Tengah 2023 melibatkan AMK Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau berkata sesi di Perak yang dihadiri 200 ahli itu merupakan penutup kepada konvensyen peringkat cabang dan negeri yang diadakan sejak Oktober bagi setiap zon bermula di Sabah diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Melaka.

Sementara itu, Adam Adli berkata AMK turut menyediakan latihan secara berkala kepada ahli baharu bagi memantapkan pemahaman berkaitan prinsip dan idealisme parti.

“Ini supaya sesiapa yang masuk sebagai ahli Keadilan memahami dan tahu prinsip parti serta boleh menerangkan dengan lebih baik kepada masyarakat di luar sana,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, AMK mempunyai 228,000 keahlian di seluruh negara dengan terbanyak di Selangor iaitu 70,000 manakala 14,000 ahli di Perak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.