`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 5, 2023

Bangi Lama, Semenyih dilanda banjir

 

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar anggota bomba dari Balai Bomba Bangi, Kajang, dan Semenyih dikerahkan untuk memindahkan penduduk yang terjejas akibat banjir. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Bangi dan Semenyih dilanda banjir.

Menurut laporan Harian Metro, seramai 150 mangsa terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air banjir setinggi 1.52m pada pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata antara kawasan yang terjejas adalah di Jalan Semenyih Indah 16 dan di Kampung Bangi Lama.

Katanya, operasi menyelamat dan memindahkan penduduk yang terperangkap dilaksanakan oleh anggota dari Balai Bomba Bangi, Kajang, dan Semenyih.

“Banjir di Jalan Semenyih Indah 16 membabitkan air sedalam 1.52 meter menjejaskan 14 rumah dan seramai 50 mangsa dipindahkan pihak bomba.

“Di Kampung Bangi Lama, sebanyak 10 rumah terjejas akibat air banjir setinggi paras pinggang (dewasa), yang mana seramai 50 mangsa dipindahkan pihak bomba manakala kira-kira 100 lagi berpindah sendiri,” katanya.

Mukhlis berkata, dianggarkan hampir 30 rumah terjejas akibat banjir di kawasan berkenaan yang berlaku sejak awal pagi tadi.

Katanya, pemerhatian pihak bomba mendapati trend air menunjukkan penurunan namun pasukan penyelamat akan terus bersedia untuk sebarang kemungkinan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.