`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 18, 2023

Bukit Aman akan panggil Agus, Wahab

 

Pada sidang media semalam Mohammad Agus Yusoff mendakwa video perbualannya bersama Abdul Wahab Abdul Kadir sebenarnya disunting. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil Bukit Aman untuk dirakam keterangan semula.

Perkembangan itu selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan kes penyebaran video perbualan lucah membabitkannya daripada polis Selangor.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya juga akan memanggil seorang lagi individu dikaitkan dengan rakaman video itu, iaitu Abdul Wahab Abdul Kadir untuk dirakam keterangan.

Katanya, proses merakam keterangan mereka akan dijalankan dalam masa terdekat.

“Bila dan di mana (proses rakam keterangan), kita masih atur buat masa ini,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan polis selesai merakam keterangan Agus selepas beliau membuat laporan berkait video itu di IPD Kajang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata buat masa ini pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu, dan beliau merujuk kepada laporan oleh Agus, semalam.

Susulan itu, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Pada sidang media semalam, Agus mendakwa video perbualannya bersama individu bernama Wahab yang tular di media sosial sebenarnya disunting.

Wahab yang turut serta dalam sidang media itu mengaku merakam video asal yang didakwa sudah diubah suai.

Beliau yang bekerja di J-Kom sebagai pembantu pegawai komuniti daerah mendakwa diarahkan individu berjawatan tinggi dikenali “Mr H” untuk merakam video bagi memerangkap Agus. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.