`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 9, 2023

Ganti tugas abang, lelaki ditahan pandu bas guna lesen motosikal

 

Lelaki itu ditahan di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang, malam tadi kerana memandu bas menggunakan lesen motosikal. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana memandu bas menggunakan lesen motosikal dalam Op Patuh Bersepadu di Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang, malam tadi.

Ketika kejadian, penunggang e-panggilan 22 tahun itu memandu bas persiaran dinaiki kira-kira 40 penumpang, termasuk warga asing bekerja sebagai kontraktor dari tempat kerja di Serdang menuju ke asrama mereka di Kajang.

Katanya, dia dibayar upah RM30 untuk membawa bas kerana abangnya perlu menghadiri kenduri malam tadi.

“Saya tahu bawa bas walaupun tiada lesen sebab selalu ikut abang bawa bas. Selalunya, bas yang dibawa adalah bas kilang, namun hari ini kebetulan bas rosak dan bas persiaran ini disewa.

“Sebelum ini, saya pernah bawa bas beberapa kali dan ini kali pertama saya ‘kantoi’ bawa bas walaupun ada lesen motosikal saja,” katanya menurut Harian Metro.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata 5,223 kenderaan diperiksa dalam operasi yang bermula 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Daripada jumlah itu, katanya 531 notis dikeluarkan kepada 281 kenderaan atas pelbagai kesalahan, selain empat kenderaan disita, termasuk bas persiaran dipandu pemuda tanpa lesen itu mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesalahan paling banyak dikesan adalah kesalahan teknikal, iaitu ubah suai tayar motosikal serta nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi,” katanya selepas mengetuai Op Patuh Bersepadu di Plaza Tol Sungai Ramal malam tadi.

Sebanyak 55 saman turut dikeluarkan polis dalam operasi itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.