`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 17, 2023

Jais tak pernah halang sekolah baca qunut nazilah

 

Exco Fahmi Ngah seru elak timbulkan prasangka dan cubaan yang meresahkan dan memecahbelahkan. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan atau pekeliling menghalang sekolah di bawah kendalian jabatan itu daripada membaca qunut nazilah, bagi mendoakan ketabahan kepada rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Mohammad Fahmi Ngah berkata Jais juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.

“Elakkanlah menimbulkan prasangka dan cubaan yang meresahkan dan memecahbelahkan. Sebaliknya, umat Islam dan bukan Islam perlu disatukan atas nama kemanusiaan dan ukhuwah insaniah bagi bantu rakyat Palestin khususnya Gaza dalam malapetaka akibat kekejaman rejim aparteid zionis Israel,” katanya, ketika menggulung Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Fahmi berkata Jais juga mengeluarkan pekeliling rasmi menyeru semua masjid dan surau pelaksanaan solat hajat dan qunut nazilah pada rakaat akhir solat maghrib dan isyak pada 26 Okt lepas.

Di samping itu, beliau menyambut baik cadangan Pua Pei Ling (PH-Bukit Lanjan) yang menyarankan semua 56 Adun Selangor menyumbang sebanyak RM5,000 kepada tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang diwujudkan bagi DUN itu untuk membantu mangsa konflik kemanusiaan di Gaza.

“Molek sumbangan itu disalurkan kepada tabung rasmi (bawah Jais) iaitu Tabung Infaq Jariah Umat Islam Selangor. Insya-Allah sampai ke Palestin,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.