`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 14, 2023

Mangsa banjir di Perak meningkat, 7 PPS di 4 daerah

 

Dua PPS baharu dibuka di daerah Kinta dan satu di Hulu Perak akibat hujan lebat berterusan lewat petang semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah di Perak susulan peningkatan mangsa banjir daripada 227 orang malam tadi kepada 269 orang daripada 80 keluarga setakat 8 pagi ini.

Menurut laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana Perak, dua PPS baharu dibuka di daerah Kinta dan satu di Hulu Perak akibat hujan lebat berterusan lewat petang semalam.

Harian Metro melaporkan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta dibuka 8.30 malam tadi bagi menempatkan 19 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Sri Kinta, manakala PPS Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Ipoh di Taman Meru Ipoh mula beroperasi 8 malam tadi dengan empat mangsa daripada dua keluarga.

Di Hulu Perak, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik dibuka 8 malam tadi yang menempatkan 24 mangsa banjir daripada lapan keluarga susulan banjir di Kampung Kolam Air, Kampung Bendang Kerajaan, Kampung Tanjung Kala, Kampung Ulu Kenderong, Kampung Padang Kunyit, Kampung Padang dan Kampung Ramasamy.

Daerah Hilir Perak paling terjejas dengan 353 mangsa (112 keluarga) ditempatkan di tiga PPS.

Di Kedah, sebuah PPS dibuka di daerah Jitra malam tadi susulan banjir kilat akibat hujan lebat semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Kubang Pasu, Mohd Adenin Suhaimi berkata, PPS Sekolah Kebangsaan Malau dibuka pada 10.25 malam tadi yang menempatkan 43 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Paya Tok Keong, Paya Tok Teh serta Kampung Biak di Mukim Malau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.