`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, November 17, 2023

Operator kren meninggal dunia dalam kabin di ketinggian 20m

 

Bomba berkata, mangsa berusia 27 tahun itu berjaya dibawa turun menggunakan bantuan menara kren bersebelahan. (Gambar JBPM)

KUALA LUMPUR: Seorang operator kren menara disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kabin di ketinggian kira-kira 20m di tapak pembinaan di Persiaran KLCC.

Komander Operasi Kanan Bomba Kuala Lumpur, Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.43 petang dan satu jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, mangsa berumur 27 tahun itu berjaya dibawa turun pada 7.46 malam menggunakan bantuan menara kren bersebelahan, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya, berkata mayat lelaki warga tempatan itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), “ katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.