`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 7, 2023

Pikul banyak tugas, ramai boleh ganti Peja ketua PN N Sembilan

 

Ketua Bersatu Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith berkata PN tidak boleh sambil lewa jika ingin menawan Negeri Sembilan pada masa depan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu secara peribadi berkata Perikatan Nasional (PN) tidak boleh sambil lewa jika ingin menawan Negeri Sembilan, mengambil contoh tindakan itu antaranya melantik Ahmad Faizal Azumu sebagai ketua gabungan tersebut.

Ketua Bersatu Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, berkata ini kerana Faizal atau lebih dikenali Peja dibebani pelbagai tanggungjawab antaranya timbalan presiden Bersatu yang memerlukannya bergerak di peringkat nasional.

Menurut Eddin yang digantikan Faizal sebagai pengerusi PN pada Jun lalu, beliau melihat ramai lagi pemimpin di Negeri Sembilan boleh menggalas tanggungjawab itu.

“PN Negeri Sembilan tidak boleh dipandang mudah kalau betul-betul serius nak melawan atau nak perkukuhkan.

“Kita tak boleh sambil lewa, kalau dari awal lihat Faizal ini dibebankan tanggungjawab yang banyak macam itu dan dia tak boleh, bagilah orang yang mampu,” katanya kepada FMT.

Beliau turut menamakan dua pengganti boleh mengisi jawatan itu jika Faizal bertindak mengosongkannya iaitu Ketua Bersatu Jelebu Rais Yatim atau Adun Labu Mohamad Hanifah Abu Baker.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS negeri Rafiei Mustapha menuntut Faizal segera meletak jawatan sebagai ketua PN Negeri Sembilan kerana didakwa “tidak lagi berminat” menerajuinya.

Beliau yang juga timbalan ketua PN Negeri Sembilan berkata, Faizal tidak memainkan peranan sebaik mungkin selepas PRN berakhir Ogos lalu.

PN hanya menang lima daripada 36 kerusi ditandingi iaitu di Paroi, Bagan Pinang, Serting, Gemas dan Labu pada pilihan raya itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.