`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 20, 2023

‘Rawat gangguan’, buruh mengaku rogol anak tiri

 

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 11 Disember depan untuk hukuman. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang buruh dan isterinya mengaku salah di Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan merogol dan bersubahat anak tirinya yang kononnya mengalami “gangguan”, dua tahun lalu.

Pasangan itu yang berusia 41 dan 43 tahun didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun, dalam bilik di sebuah rumah di Segamat, 11.30 malam pada 2021, lapor Harian Metro.

Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun serta 10 kali sebatan, manakala isterinya didakwa mengikut Seksyen 109 yang dibaca bersama Seksyen 376B kanun sama kerana bersubahat.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 11 Dis untuk hukuman. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.