`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 5, 2023

SOALAN PELIK BAGI UMAT ISLAM DARIPADA BUKAN ISLAM

 

Bersongkok atau bertopeng

 

Saya telah menerima berita berikut daripada seorang sahabat saya yang bukan Islam disertai sedikit kemusykilan.  


 


Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa said our stand was all about placing humanity ahead of any form of dispute in the crisis.

OSTB : Memang humanity atau kemanusiaan itu jauh lebih penting daripada kaum, agama, bahasa, bangsa, kebangsaan dsbnya. Tetapi ini hanya lip service atau manis kata dibibir saja. Termasuk oleh Mujahid Yusuf Rawa. 

Pada hakikatnya terlalu ramai orang Islam lebih pentingkan agama atau mazhab atau tareqat ataupun kabilah mereka (Arab). Masyarakat Islam lain juga campur-adukkan bangsa dan bahasa mereka.

Sahabat saya bertanya :  Strangely, humanity unseen in Yemen.

Dia merujuk sengketa (sebenarnya serangan) oleh Arab Saudi ke atas Yemen. Peperangan Arab Saudi dan Yemen itu telah berlanjutan selama lapan tahun bermula dari 2015. Ikut United Nations lebih 350,000 rakyat Yemen telah terkorban.

Perkara yang sangat pelik bagi ramai bukan Islam ialah kenapa seluruh dunia Islam tidak pedulikan pembunuhan lebih 350,000 orang Yemen oleh tentera Arab Saudi? Bukankah orang Yemen itu Islam? Negara kita Malaysia pernah menghantar pesawat TUDM dan anggota TUDM untuk membantu sengketa Arab Saudi terhadap Yemen.

Ikut Mujahid Yusuf Rawa pula  placing humanity ahead of any form of dispute in the crisis.

Saya pernah padamkan komen yang dihantar kepada saya yang agak kebinatangan yang berkata orang Yemen itu layak dibunuh sebab mereka adalah Syiah.

Jadi apakah orang Yemen itu bukan humanity? Apakah orang Yemen itu binatang atau haiwan yang lebih elok di bunuh sahaja? Soalan pokok di sini bukan where is your humanity (yang memang tak ada pun) tetapi soalannya 'Where is your Islam?'

Begitu juga pembunuhan beramai oleh tentera Turki terhadap rakyat keturunan Kurdish di kawasan Turki sehingga hari ini. Walaupun Turki dan Kurdish beragama Islam Ahlul Sunnah tetapi orang Kurdish adalah keturunan Parsi dan bahasa mereka bercabang daripada Parsi. Tambah lagi majority orang Kurdish mengikuti mazhab Syafie manakala Turki pula bermazhab Hanafi.

Gambar atas : Ini bukan Gaza. Ini adalah bandar Cizzre di kawasan Kurdish dalam negara Turki yang telah dibom dan dibedil oleh tentera Turki pada 2016. Saya yakin Tuan-Tuan pembaca tak pernah dengar pun nama bandar Cizzre atau kehancuran tempat ini.

Sengketa Turki - Kurdish menjadi satu lagi bukti bahawa agama dan bangsa mengatasi humanity atau kemanusiaan dikalangan umat Islam.

Perhaps peperangan yang paling pelik antara Islam adalah peperangan dan pembunuhan antara orang Sudan bahasa Arab dan orang Sudan bukan bahasa Arab di Darfur. Keduanya sama kulit hitam dan beragama Islam cuma bahasa dan budaya mereka berbeza.  Cukup untuk mereka bunuh membunuh sesama sendiri.

 

Atas : Orang Islam Sudan bukan bahasa Arab di Darfur. 
Bawah : Musuh mereka tentera Islam 'Arab' Sudan. 
Soalan : Siapa lebih hitam?

 

Sebab itu orang bukan Islam melihat orang Islam sebagai senantiasa benci dan berbunuhan sesama sendiri atas perbezaan mazhab, Sunnah, Syiah, bangsa dan bahasa.

Dan orang Islam yang lain tidak peduli. 

Yang latest adalah pembunuhan antara Pakistan dan Pashtun (Afghanistan dan Pakistan) yang keduanya bermazhab Hanafi (Ahlul Sunnah). Cuma majoriti Pakistan adalah keturunan Punjabi dan Pashtun adalah kaum majoriti di Afghanistan dan minoriti besar di Pakistan. Tetapi bilangan penduduk Pashtun Pakistan jauh melebihi bilangan penduduk Pashtun di Afghanistan. 

Berita terkini dari Pakistan melaporkan serangan pengganas jihadi, Balochistan dan Pashtun di beberapa tempat di Pakistan yang mengorbankan lebih 20 orang dan meletupkan beberapa pesawat jet pejuang dan pesawat fuel-tanker tentera udara Pakistan. 


 

Sekali lagi tidak ada humanity terlibat di sini. Mereka benci-membenci dan bunuh-membunuh atas sebab perkauman,  bahasa dan budaya yang berlainan.   

Dan bukan Islam pun melihat hipokrit orang Islam yang langsung tidak ambil peduli apabila orang Islam berbunuh sesama sendiri. 

Tidak ada sekali pun Pas atau Pis atau Pus berkumpul selepas sembahyang Jumaat untuk protes pembunuhan orang Islam oleh orang Islam di Yemen, Turki, Kurdish, Pakistan, Afghanistan, Balochistan dsbnya. 

Seolah its ok kalau Islam bunuh Islam. Jika Sunnah bunuh Syiah mungkin akan bertambah pahala untuk masuk syurga. 

Ke mana pergi humanity atau kemanusiaan-nya? 

Jadi kepada saudara Mujahid Yusuf Rawa fahamlah orang bukan Islam tidak lah begitu buta di mata dan hati. They know what is going on. Mereka lebih cerdik dan lebih faham akan perangai orang Islam.  Mereka tidak keliru antara humanity dan benci membenci atas sebab agama, bangsa, bahasa dsbnya.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.