`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 20, 2023

‘Teh Cina’ dari Pantai Timur ke Kedah terkandas di Shah Alam

 

Timbalan Ketua Polis Selangor S Sasikala Devi berkata dua lelaki ditahan selama sembilan hari sehingga 22 Nov untuk membantu siasatan.

PETALING JAYA: Polis mematahkan penghantaran ratusan bungkusan ‘teh Cina’ dalam perjalanan dari Pantai Timur ke Kedah di Shah Alam, kerana mengandungi bahan disyaki dadah.

Rampasan seberat 191,516g bernilai RM6.3 juta itu menyusuli risikan selama seminggu, menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi.

Menurutnya, pada 12 Nov kira-kira 7.30 malam, sepasukan polis narkotik daripada IPD Subang Jaya menyerbu sebuah trak membawa lapan guni yang di dalamnya terdapat 190 bungkusan berlabel “refined Chinese tea”, susulan penahanan suspek kira-kira 15m dari lokasi serbuan.

“Masing-masing mengandungi bungkusan plastik lutsinar bahan disyaki dadah metamfetamin dengan berat keseluruhan dianggarkan 191,516g bernilai RM6.3 juta untuk kegunaan kira-kira 383,023 pengguna,” kata Sasikala, menurut Utusan Malaysia.

Siasatan awal mendapati bahan disyaki dadah itu dibawa dari bahagian utara Pantai Timur ke Lembah Klang untuk tujuan transit, sebelum dibawa ke Kedah.

Polis menahan dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun selama sembilan hari sehingga 22 Nov, untuk membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup atau 15 sebatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.