`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 16, 2023

Tiong tegur Sanusi: Pakai kurang sikit, ‘you’ kata macam binatang

 


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing menyatakan rasa terkejutnya berkaitan komen Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan cara pemakaian seseorang.

Sanusi berkata demikian susulan kritikan Sanusi terhadap pemakaian yang “semakin telanjang” yang diumpamakannya sebagai binatang.

“Saya cukup sedih, siapa pakai yang kurang sikit you kata serba macam binatang.

“Apa punya menteri besar,” kata Tiong dalam rakaman video di media sosialnya.

Muhammad Sanusi Md Nor

Sanusi, pemimpin kontroversi PAS yang terkenal dengan kelantangannya itu, dilapor berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco Kedah di Alor Setar hari ini.

Menurut video di media sosialnya, Sanusi antaranya berkata kemajuan sebenar apabila orang lebih dekat dengan agama.

“Semakin maju, semakin terlanjang. Tak betul. Itu menjadi binatang.

“Binatang memang tak pakai baju. Makin sikit baju, semakin menjadi kebinatangan.

“Jadi sepatutnya makin maju manusia ini, semakin menutuplah. Baru jadi mahal, kan?” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Tiong justeru berkata dia bingung dengan kenyataan-kenyataan Sanusi.

“Jika semalam beliau kata tidak akan mengenakan sekatan terhadap cara berpakaian orang bukan Islam, hari ini pula mengatakan bahawa pakaian yang lebih sederhana mewakili kemajuan - membuatkan saya bingung.

"Kenyataan beliau yang tidak konsisten ini amat memeningkan dan menyebabkan usaha mempromosi dan menyokong pelancongan di Langkawi menjadi semakin mencabar," katanya.

Tiong juga berkata dia kini tidak berani menjalankan kempen untuk menggalakkan pelancong mengunjungi Langkawi.

“Esok jadi apa-apa isu, awak pun cuci tangan,” katanya.

Kedua-dua pemimpin itu sebelum ini telah saling bertelagah dalam isu pemakaian pelancong dan dakwaan kemerosotan pelancongan di Langkawi. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.