`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 18, 2023

Amang seksual: Lelaki diperintah ke Henry Gurney

 

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian selepas tertuduh berusia 20 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang pemuda dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, Melaka, kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, Mac tahun lalu.

Hakim Tasnim Abu Bakar memutuskan demikian selepas tertuduh berusia 20 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

“Mengambil kira faktor tiada rekod jenayah lampau dan usia masih muda serta kepentingan awam, tertuduh diperintah ditahan di Sekolah Henry Gurney hingga mencapai usia 21 tahun. Perintah berkenaan mengikut Seksyen 76 Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu di tangga sebuah blok kondominium di Wangsa Maju, di sini, antara 7 malam hingga 8 malam, 4 Mac tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ikhwan Mohd Nasir, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan mangsa adalah kanak-kanak.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam berkata dia menyerahkan kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.