`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 17, 2023

Bekas komando hilang ditemukan mati di kebun kelapa sawit

 

Mayat bekas komando yang dilaporkan hilang pada Khamis lepas, Ab Manan Keri, 73, dibawa keluar dari kebun kelapa sawit di Kampung Palembang hari ini. (Gambar Bernama)

KLUANG: Bekas komando Grup Gerak Khas (GGK) yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas, Ab Manan Keri, 73, ditemukan mati di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, di sini, kira-kira 5 petang tadi.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata mayat warga emas itu dijumpai oleh seorang penternak lembu yang sedang menguruskan ternakannya di kawasan itu.

Beliau berkata penemuan mayat terbabit masih dalam radius pencarian iaitu kira-kira 500 meter dari Sungai Melantai, yang juga merupakan rangkaian kepada Sungai Mengkibol.

“Pengesahan juga sudah dilakukan oleh anak mangsa, Mohamad Shahfullah, 29, yang turut hadir ke lokasi penemuan mayat ayahnya sebaik dimaklumkan.

“Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang, di sini, hari ini.

Bahrin berkata dengan penemuan terbabit, PKTK ditutup secara rasmi pada 6 petang tadi.

Sementara itu, Norsam Kasbi, 56, yang menemui mayat bekas komando itu, berkata dia sedang menghalau lembu miliknya untuk ke kandang lalu terhidu bau busuk.

Beliau berkata setelah didekati, dia ternampak satu mayat terdampar di tepi parit dalam kebun itu, menyerupai ciri-ciri orang hilang yang digambarkan sebelum ini.

“Saya kemudiannya terus ke PKTK untuk memaklumkan kepada pasukan penyelamat,” katanya.

Terdahulu, mangsa telah dilaporkan hilang oleh keluarganya setelah menghadiri majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Batu Pahat dan Kluang, yang diadakan di Dataran Tasik, di sini Khamis lepas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.