`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 4, 2023

Kanak-kanak 6 tahun meninggal dunia disyaki didera penjaga


Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun disahkan meninggal dunia disyaki didera dan diabaikan oleh penjaganya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata mangsa warga tempatan telah dihantar ke Hospital Tunku Azizah di sini dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 3.40 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari yang sama dan disyaki terdapat unsur penderaan serta pengabaian oleh penjaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata siasatan awal mendapati kira-kira 11.30 pagi pada hari kejadian, mangsa sedang tidur di dalam bilik ketika bapa mangsa keluar untuk membeli makanan.

“Pada 2.30 petang, bapa mangsa telah menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas balik ke rumah.

“Polis juga sudah merakam keterangan bapa mangsa dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Hotline Polis Cheras menerusi talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.