`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 4, 2023

Mayat wanita ditemui dalam simen

 

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan penemuan mayat dalam keadaan disimen di Kampung Pendamar. (Gambar Bernama)

PELABUHAN KLANG: Polis mengesahkan penemuan mayat dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar, semalam.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat dipercayai wanita itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat yang dijangka selesai esok,” katanya.Menurut Hussein setakat ini belum ada tangkapan dibuat berkaitan kes itu, namun pihaknya sedang menggiatkan usaha mengesan dua lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan mayat berkenaan.

“Berdasarkan hasil siasatan, pemilik rumah itu yang merupakan lelaki tempatan memaklumkan kolah itu disimen sejak 2021 ketika dua warga India menetap di situ,” katanya.

Hussein berkata selepas dua warga India itu berpindah dari rumah berkenaan, rumah terbabit kemudian disewa oleh dua individu berbeza.

“Baru-baru ini pemilik rumah berkenaan mendapat tahu daripada penghuni kawasan (perumahan) berkenaan yang memaklumkan terdapat mayat ditanam di dalam kolah.

“Pemilik rumah yang tidak sedap hati berkaitan perkara itu, kemudian meminta penyewa (terkini) rumah berpindah lalu membuat laporan polis,” katanya.

Terdahulu, bomba Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan sekitar 11.39 malam semalam daripada polis untuk mengeluarkan mayat yang berada di dalam kolah di rumah itu.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang tiba di lokasi 10 minit kemudian dan melakukan kerja-kerja pemecahan simen menggunakan peralatan khas.

“Kerja-kerja pemecahan simen telah dilakukan 70% dan menemukan satu mayat dipercayai wanita. Mayat telah berjaya dikeluarkan dan diserah kepada polis,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.