`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 15, 2024

7 konsortium hantar cadangan HSR KL-Singapura

 

Pengerusi MyHSR Corp Fauzi Abdul Rahman, berkata hasil penilaian proses permintaan maklumat (RFI) akan dibentang kepada Kementerian Pengangkutan dan Jemaah Menteri bagi pertimbangan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Tujuh konsortium tempatan dan antarabangsa terdiri 31 firma mewakili spektrum penuh projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura) telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp), menjelang tarikh akhir hari ini.

Pengerusinya, Fauzi Abdul Rahman berkata hasil daripada penilaian proses permintaan maklumat (RFI) akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Jemaah Menteri untuk pertimbangan.

“Sekiranya maklum balas positif, kita akan beralih ke fasa kedua dengan peringkat permintaan untuk cadangan (RFP) bagi mendapatkan cadangan terperinci daripada konsortium terpilih,” katanya dalam kenyataan.

Cadangan konsep untuk projek HSR telah dikemukakan sebagai tindak balas kepada langkah RFI yang dilancarkan MyHSR Corp pada Julai 2023, untuk mempelawa pemain tempatan serta antarabangsa daripada sektor swasta menyampaikan projek berdasarkan inisiatif perkongsian awam-swasta mengenai reka bentuk-kewangan-bina-kendali-pindah (DFBOT).

Pada 1 Jan 2021, Malaysia dan Singapura telah mengumumkan penamatan projek HSR selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Dis 2020.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pada 4 Ogos 2023 bahawa Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek HSR kepada Singapura selepas keputusan awal mengenainya dibuat kerajaan.

Beliau berkata, cadangan baharu itu kemudiannya akan disampaikan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook kepada Singapura untuk dipertimbangkan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.