`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 29, 2024

Bom lama ditemukan di tapak pembinaan lapangan terbang Kelantan

 

Bom jenis ‘Aerial’ dengan ukur lilit 82.2cm dan 98cm panjang itu ditemukan pagi tadi ketika kerja penggalian longkang di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Bom seberat 125kg yang ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom IPK Kelantan, pada 3.20 petang ini.

Ketua Polis Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata bom jenis ‘Aerial’ dengan ukur lilit 82.2cm dan 98cm panjang itu ditemukan pada 9.41 pagi ketika kerja-kerja penggalian longkang oleh pekerja di tapak pembinaan tersebut.

“Kita terima laporan berkaitan penemuan satu objek menyerupai bom di tapak pembinaan berkenaan.

“Sepasukan anggota dari Unit Pemusnahan Bom telah pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa objek itu merupakan satu unit bom,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bom tersebut berjaya dimusnahkan dan tiada sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom itu dilakukan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.