PETALING JAYA: Seorang wanita warga emas dan anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) rentung selepas pondok yang didiami mereka dalam sebuah dusun di Gerik, Perak terbakar dalam kejadian pada pagi tadi.
Pengarah Bomba Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 7.38 pagi mengenai kebakaran yang berlaku di di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda di Gerik, lapor Sinar Harian.
Katanya, susulan daripada laporan itu sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba Gerik digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kebakaran tersebut melibatkan sebuah pondok musnah terbakar 95 peratus. Api telah padam sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya.
Sayani berkata, setibanya dilokasi pihaknya mendapati api sudah dipadamkan dan kebakaran tersebut melibatkan sebuah pondok yang musnah hampir 95%.
“Terdapat dua mangsa perempuan masing-masing berusia 76 tahun dan anaknya berusia 43 tahun yang merupakan OKU penglihatan didapati rentung,” katanya.
Sayani berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.