`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 15, 2024

Lelaki berkahwin mengaku tak salah cabul anak teman wanita

 

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Feb untuk sebutan semula kes, serahan dokumen serta lantikan peguam. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang pekerja pendawaian elektrik didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan 17 tahun yang juga anak teman wanitanya.

Berita Harian melaporkan Azman Abdullah, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Abu Bakar Manat.

Lelaki sudah berkahwin itu dituduh melakukan kesalahan terbabit di sebuah rumah di Muar kira-kira 8 pagi 8 Jan lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin, mengambil kira faktor keselamatan mangsa disebabkan tertuduh dilaporkan kerap ke rumah ibu remaja itu, selain pertuduhan membabitkan kesalahan serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah membenarkan ikat jamin atas alasan mengalami masalah kesihatan dan perlu mendapatkan rawatan.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Feb untuk sebutan semula kes, serahan dokumen serta lantikan peguam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.