PETALING JAYA: Mayat seorang ahli perniagaan ditemui di Pulau Dollah, Pantai Kuda, Kelantan semalam, 2 minggu selepas dilaporkan hilang.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kota Bharu, Che Mazlan Mohamad berkata, empat anggota bersama sebuah bot dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu digerakkan selepas panggilan diterima pada 9.08 malam untuk membantu polis mengambil mayat Norhisyam Ismail, 43.
Sejurus tiba di lokasi, katanya, mayat seorang lelaki terdampar di pesisiran pantai itu.
Beliau berkata, hasil pengecaman pakaian oleh ahli keluarga mangsa mendapati mayat itu ialah mangsa yang hilang di Sungai Kelantan pada 15 Jan lalu.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian.
Mangsa dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke Sungai Kelantan di Tendong, Pasir Mas pada 15 Jan lalu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.