`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 16, 2024

Nelayan mati terkena renjatan elektrik ketika cuci bot

 

Mangsa ditemui bapanya pada 8.30 pagi sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.(Gambar Pixabay)

PETALING JAYA: Seorang nelayan ditemukan meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membersihkan bot di Kuala Sungai Marang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang Mohd Razman Setapa berkata Muhamad Zai Hisham Zaidir, 24, dari Kampung Bukit Mengawan, Hulu Terengganu dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membaiki lampu sorot dalam bot berkenaan.

“Mangsa dijumpai bapanya kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. Mangsa disahkan meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik,” katanya menurut laporan Bernama.

Mohd Razman berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kematian diklasifikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, bapa mangsa Zaidir Zahid, 51, berkata sebelum kejadian, dia bersama anaknya itu membaiki bot milik mereka sebelum diminta pulang ke rumah kira-kira 1 pagi.

“Saya agak dia (Muhamad Zai Hisham) turun menyelam untuk membaiki kipas bot dan dalam keadaan basah…dia naik mengambil lampu sorot untuk buat kerja.

“Tetapi nasib tak baik kerana lampu sorot tu ada wayar yang rosak. Dia pula dalam keadaan basah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ.

Zaidir berkata ketika ditemui, mayat anaknya dalam keadaan keras dan badannya juga bertukar kebiruan-biruan.

Walaupun sedih, dia sekeluarga reda dengan pemergian Muhamad Zai Hisham yang disifatkan sebagai anak baik dan taat kepada ibu bapa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.