`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 24, 2024

Nelayan Thailand maut ditembak di bot

 

Seorang nelayan Thailand maut ditembak sekumpulan penjenayah disyaki warga Indonesia ketika menangkap ikan atas bot majikannya di perairan Pantai Remis. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang nelayan warga Thailand maut ditembak di kepala oleh sekumpulan penjenayah disyaki warga Indonesia di perairan Pantai Remis, Manjung, semalam.

Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah berkata majikan mangsa membuat laporan pada 12.20 tengah hari memaklumkan seorang pekerjanya mati ditembak.

Katanya mangsa ditembak sekumpulan penjenayah disyaki warga Indonesia di atas bot milik majikannya.

“Pengadu (majikan) dimaklumkan pekerjanya melalui walkie-talkie dalam perjalanan balik ke pelantar ikan di Pantai Remis.

“Pemeriksaan awal polis mendapati mangsa meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat,” katanya menurut Harian Metro.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.