`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 24, 2024

Pelajar 13 tahun antara 6 ditahan samun bersenjata

 

Selain melarikan barang berharga dan wang tunai, polis berkata, suspek turut menetak serta memukul mangsa menggunakan besi dan parang. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan satu antara enam lelaki ditahan terbabit kegiatan samun bersenjatakan parang dan besi di Alor Gajah, Melaka.

Suspek berusia 13 hingga 27 tahun itu ditahan dalam operasi di Simpang Ampat, Alor Gajah dan Sik, Kedah kelmarin serta semalam.

Ketua Polis Alor Gajah, Arshad Abu berkata mereka dipercayai terbabit kes samun terhadap tujuh pekebun warga asing, dengan tiga kes dilaporkan bulan lalu.

Selain melarikan barang berharga dan wang tunai, katanya, suspek turut menetak serta memukul mangsa menggunakan besi dan parang.

Beliau berkata, kes pertama dilaporkan berlaku kira-kira 1.30 pagi 4 Dis lalu membabitkan tiga warga Bangladesh disamun lima lelaki bersenjata yang menutup muka mereka di kebun sayur Kampung Padang Kambing, Simpang Ampat.

“Kejadian kedua membabitkan tiga lelaki Bangladesh disamun lapan lelaki menggunakan modus operandi sama. Mangsa membuat laporan pada 4 Dis lalu mendakwa disamun sehari sebelum itu di rumah kongsi kebun sayur Kampung Melekek,” katanya menurut Harian Metro.

Arshad berkata, laporan ketiga diterima daripada pengurus kebun mendakwa seorang pekerja Bangladeshnya ditetak dan disamun enam lelaki di rumah kebun di Jalan Kebun Simpang Ampat 1 pada 20 Dis lalu.

Secara keseluruhan, katanya, suspek melarikan wang tunai hampir RM9,000 dan empat telefon bimbit.

Menurutnya, tiga suspek dibebaskan, manakala baki tiga lagi, termasuk pelajar 13 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan di Mahkamah Alor Gajah hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.