`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 14, 2024

OKU maut kemalangan langgar lari di Bintulu

 

Ketua Polis Bintulu Batholomew Umpit, berkata kejadian berlaku pada 3.20 pagi semalam, melibatkan OKU ketidakupayaan intelektual. (Gambar Facebook PDRM Bintulu)

PETALING JAYA: Pejalan kaki orang kurang upaya (OKU) maut dilanggar lari dalam kejadian di Junction 5 Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu, semalam.

Ketua Polis Bintulu Batholomew Umpit, berkata kejadian berlaku pada 3.20 pagi itu melibatkan OKU ketidakupayaan intelektual.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa tengah berjalan kaki atau sedang melintas jalan di Junction 5, Jalan Tun Hussein Onn dan dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang masih dalam siasatan lanjut.

“Pihak Polis tengah mengesan individu dan kenderaan terlibat dengan kes kemalangan tersebut dengan meneliti rakaman CCTV sekitar lokasi berdekatan dan berdasarkan maklumat awam,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, sekiranya ada mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian, diminta menghubungi Balai Polis Trafik Bintulu di talian 086-338575 atau bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.