`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 16, 2024

Sisa racun perosak berlebihan, bijan hitam kering Malaysia dirampas di Taiwan

 

Bijan hitam itu antara 12 penghantaran produk lain yang dirampas kerana mengandungi bahan kimia pertanian berlebihan atau tidak mematuhi peraturan mengenai pemeriksaan makanan diimport. (Gambar Facebook)

TAIPEI: Satu penghantaran biji bijan hitam kering dari Malaysia dirampas di sempadan Taiwan baru-baru ini selepas didapati mengandungi sisa racun perosak berlebihan, Agensi Berita Pusat (CNA) Taiwan memetik Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan negara itu ( TFDA) pada Selasa.

Bijan hitam seberat 38,400kg itu dirampas selepas ujian sampel penghantaran yang dihantar untuk pemeriksaan pada 15 Dis lepas mengesan 0.06 bahagian per juta (ppm) fosfin, melebihi had yang dibenarkan iaitu 0.01 ppm.

TFDA berkata produk itu telah dikembalikan ke negara asal atau dimusnahkan.

Dalam sidang media, Timbalan Ketua Pengarah TFDA Lin Chin-fu berkata fosfin ialah gas tidak berwarna yang digunakan sebagai bahan fumigan untuk bijirin yang disimpan.

Beliau berkata disebabkan pelanggaran itu adalah yang pertama oleh pengimport, kadar pemeriksaan ke atas penghantaran akan datang ditingkatkan daripada kadar semasa iaitu 2-10% kepada antara 20% dan 50%.

Bijan hitam itu bersama dengan 12 penghantaran produk lain antaranya anggur segar dari Korea Selatan dan truffle putih segar dari Itali dirampas kerana mengandungi bahan kimia pertanian berlebihan atau tidak mematuhi peraturan mengenai pemeriksaan makanan yang diimport. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.