`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 7, 2024

Terima cadangan kami, pemain industri beritahu IPT

Pemimpin industri mempunyai pandangan lebih baik tentang pembangunan industri masing-masing justeru dapat membantu IPT mengelakkan ketakpadanan antara sukatan pelajaran akademik dengan keperluan sebenar.

KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan tinggi (IPT) disaran menerima cadangan daripada pemain industri dalam membentuk sukatan pelajaran akademik.

Ketua Pegawai Eksekutif PKT Logistic Group Sdn Bhd, Micheal Tio, berkata pemimpin industri mempunyai pandangan lebih baik tentang pembangunan industri masing-masing, justeru dapat membantu IPT mengelakkan ketakpadanan antara sukatan pelajaran akademik dengan keperluan sebenar industri, seterusnya menjamin kebolehpasaran lebih tinggi untuk siswazah.

“Penting untuk pemain industri dirujuk dalam semakan kurikulum. Hal ini akan memastikan IPT dapat membekalkan bakal siswazah yang memenuhi kehendak kami.

“Begitu juga bidang penyelidikan. IPT perlu memberi tumpuan kepada topik penyelidikan yang relevan dan diperlukan oleh industri. Penyelidik harus memahami bahawa mereka melakukan kajian berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh industri pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum “Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Pemindahan Ilmu dalam Membangunkan Negara, Industri dan Komuniti” pada Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tio berkata, kerjasama antara industri dengan akademia perlu ditingkatkan dengan penglibatan peneraju industri dalam lembaga penasihat akademik IPT dan program pendedahan atau latihan untuk pensyarah kanan mengenai cara industri beroperasi.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mazlan Abd Ghaffar, dalam forum sama berkata IPT dan pemain industri perlu mencontohi amalan perkongsian inovasi dan pembangunan produk seperti diamalkan di negara maju lain.

“Yang penting ialah bagaimana untuk mengasimilasikan ilmu yang ada di universiti kepada syarikat untuk menyambung inovasi sosial supaya rakyat dan negara mendapat kebaikan dari segi kehidupan mereka pada zaman yang mencabar ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.