`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 20, 2024

Lelaki serah diri selepas bunuh isteri

 

bunuh bini-taiping
Lokasi kejadian seorang lelaki membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Batu Gajah, Perak. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, Perak, hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun pergi ke kaunter aduan Balai Polis Batu Gajah kira-kira 2 petang tadi dan memaklumkan dia membunuh isterinya dalam bilik di hotel itu.

Difahamkan, lelaki itu membunuh isterinya menggunakan pisau dan punca pembunuhan dipercayai akibat keretakan rumah tangga yang menghampiri perceraian.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, ketika dihubungi mengesahkan suspek menyerah diri selepas melakukan jenayah tersebut.

Ya, benar,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau memaklumkan kenyataan media berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.