`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 20, 2024

Tikam tunang bekas isteri, mekanik didakwa esok

 

Razlam Ab Hamid
Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid berkata suspek ditahan 10 Jun lalu berikutan kejadian di Taman Jade, Bukit Gambir. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Seorang mekanik yang ditahan 10 Jun lepas kerana menikam tunang bekas isterinya di Taman Jade, Bukit Gambir akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Timur Laut, Razlam Ab Hamid, berkata suspek berusia 33 tahun itu akan dibawa ke mahkamah di sini untuk pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, mangsa yang juga pemandu bas berusia 43 tahun cedera di bahagian dada, leher dan belakang selepas ditikam menggunakan pisau lipat oleh suspek ketika hendak menyelamatkan tunangnya daripada dicederakan lelaki itu.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan ke rumah mangsa untuk mengambil anaknya yang tinggal bersama bekas isterinya, bagaimanapun berlaku pertengkaran antara suspek dengan wanita itu apabila dia enggan mengikut suspek.

Suspek kemudiannya cuba menikam bekas isterinya itu dan dihalang mangsa yang menyebabkan tikaman itu terkena pada beberapa bahagian badannya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.