
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata setakat ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
katanya pada sidang media.…tapi kita akan minta penjelasan daripada pihak RTM nanti,
Terdahulu, seorang pengguna laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila RTM sebagai badan penyiaran nasional tidak menyiarkan aksi Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian.
Sebaliknya RTM menyiarkan perlawanan antara atlet Israel Misa Zilberman dan atlet Nepal Prince Dahal.
Untuk rekod, RTM merupakan penyiar rasmi temasya sukan berprestij Olimpik Paris selama 17 hari tanpa henti secara percuma.
Acara-acara Sukan Olimpik Paris boleh ditonton secara langsung menerusi saluran TV Okey dan Sukan TV RTM dan ‘live streaming’ Olimpik juga disiarkan melalui aplikasi RTM Klik. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.