Semalam, Takyuddin Hassan dipetik berkata hala tuju sokongan PAS kepada Bersatu dan PRN Johor akan ditetapkan dalam mesyuarat khas, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilaporkan Sinar Harian mengesahkan mereka akan memutuskan hala tuju sokongan kepada Bersatu dan PRN Johor pada mesyuarat terbabit.
Ditemui media selepas mesyuarat berkenaan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Awang Hashim berkata tiada perbincangan dengan Bersatu yang hubungan dengan partinya tamat 8 Jun lalu walaupu kedua-duanya kekal dalam Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata mesyuarat itu sebaliknya hanya bertujuan memperjelaskan kenyataan Presiden PAS Hadi Awang berhubung pendirian parti pada PRN Johor.
“Tak ada, tak ada perbincangan mengenai Bersatu. Kita dalam gabungan Perikatan Nasional (PN),” katanya.
Hadi selepas mesyuarat itu mengumumkan empat ketetapan PAS berkait PRN Johor iaitu berusaha mempertahankan kuasa politik Melayu Islam dan menggerakkan seluruh jentera di 11 kerusi ditandingi.
Menyantuni pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan ‘Jom Jaga Johor’ dan menyeru pemilih tidak mengundi Pakatan Harapan (PH) termasuk dalam dua penjuru melibatkan dengan Barisan Nasional (BN).
Walaupun PAS sebelum ini memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, kedua-dua parti masih berada dalam PN bersama Gerakan, MIPP, Pejuang dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang sebelum ini dijenamakan daripada Parti Cinta Malaysia (PCM)
Pada PRN Johor, PN bertanding di 33 daripada 56 kerusi DUN, dengan Bersatu bertanding di 16 kerusi, PAS 11, MIPP lima dan Pejuang satu. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.