`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Wednesday, September 16, 2026

Aminuddin seru rakyat N Sembilan pertahan institusi raja

 Bekas MB seru rakyat bersatu dan doa kesejahteraan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan kemelut berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar.

Aminuddin Harun
Bekas menteri besar Aminuddin Harun turut gesa rakyat tolak pemimpin yang didakwanya khianati institusi diraja dan melanggar Perlembagaan.
PETALING JAYA:
Bekas menteri besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menyeru rakyat negeri itu bersatu dan mempertahankan institusi diraja susulan kemelut membabitkan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.

Dalam hantaran di Facebook, Aminuddin turut menyeru rakyat mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhriz yang ditegaskannya sebagai masih Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

“Saya menyeru agar seluruh rakyat Negeri Sembilan bersatu hati dan mendoakan kesejahteraan Tuanku Muhriz serta mempertahankan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menggesa rakyat menolak pemimpin yang didakwanya mengkhianati institusi diraja dan melanggar Perlembagaan.

Hantaran itu dibuat ketika kemelut mengenai kedudukan Tuanku Muhriz memasuki perkembangan terbaru selepas exco kerajaan negeri hari ini menyatakan proklamasi penurunan takhta baginda adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar yang baharu.

Menurut kenyataan barisan exco, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Ismail Lasim semalam.

Bagaimanapun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) sebelum ini menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar, mendakwa tiada proses sah yang menyebabkan baginda terhenti memegang jawatan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.