Jika 31 Ogos membawa makna berbeza di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, 16 Sept adalah hari yang dimiliki bersama semua rakyat Malaysia.

Kita perlu jujur mengakui ramai di antara kita tidaklah terlalu excited pasal Hari Malaysia. ‘Kita’ disini merujuk warga Malaysia orang Semenanjung.
Mujur ada acara ‘Keretapi Sarong’ disamping beberapa aktiviti kebudayaan. Ada juga kemeriahan.
Tetapi itu di Kuala Lumpur. Di tempat lain agak sepi kerana upacara sambutan sudah dibuat pada 31 Ogos. Kita lebih ‘feel’ 31 Ogos. Our brothers and sisters di Borneo pula tidak excited pada 31 Ogos sebab kata mereka itu tarikh Malaya merdeka.
Yang besar buat mereka ialah Hari Malaysia .
Kata mereka Malaya sudah tidak wujud sejak Malaysia ditubuhkan pada 1963. Maka yang mesti diraikan Hari Malaysia– 16 Sept. They have a point. Valid.
Tetapi di Semenanjung, rakyat Malaysia tetap mengaitkan 31 Ogos dengan kemerdekaan negara merujuk Ogos 1957. Masih melaung ‘Merdeka’ setiap tahun apabila datangnya 31 Ogos.
Meskipun kerajaan telah sekian lama menetapkan 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan. Bukan Hari Kemerdekaan.
Pada 31 Ogos baru-baru ini ramai yang menganggapnya hari ulang tahun Malaysia merdeka kali ke-69 jelas mengambil kira 1957. Tahun depan sambutan pasti grand kerana hari kemerdekaan ke-70 kata mereka.
Tidak boleh dipersalahkan mereka berpandangan begitu. Malah di sekolah anak-anak diajar 31 Ogos ialah hari Malaysia merdeka. Jika mereka (termasuk anak-anak Sabah dan Sarawak) beri jawapan lain daripada tarikh itu semasa mengambil ujian sejarah tanah air misalnya, mereka tidak akan dapat markah.
Pada hal, saya ulangi 31 Ogos 1957 Malaya yang merdeka. Dan untuk mengatakan Malaysia merdeka juga tidak betul. Malaysia hanya wujud pada 16 Sept 1963. Ia ditubuhkan. Ia tidak merdeka.
Daripada siapa pula ia memerdekakan diri?
Penubuhan Malaysia ialah apabila Sabah, Sarawak juga Singapura bergabung dengan Malaya. Sehingga sekarang saudara kita di Sabah dan Sarawak cukup tidak senang (sebenarnya marah) apabila kita kata Sabah dan Sarawak ‘masuk Malaysia’.
Mereka tidak ‘masuk’ mana-mana negara– apa lagi ‘masuk’ sesuatu yang belum wujud pun waktu itu. Diulangi mereka bergabung dengan Malaya untuk menubuhkan Malaysia. Oleh itu 16 Sept ialah hari kelahiran Malaysia.
Hatta ucapan paling tepat pada hari itu ialah Selamat Hari Lahir Malaysia.
Sudah tiba masa pihak berwajib memperbetulkan fakta sejarah negara. Once and for all.
Pada beberapa penulisan sebelum ini saya pernah menyarankan 31 Ogos hanya cuti umum buat Semenanjung. Ucapannya pula ialah Selamat merdeka Semenanjung Malaysia. Istilah Hari Kebangsaan dilesapkan.
Upacara sambutan diadakan secara sederhana.
Di Sabah cuti umum diisytiharkan juga 31 Ogos iaitu tarikh ia mendapat status memerintah atau self rule daripada Inggeris pada 1963. Di Sarawak beri cuti umum untuk 22 Julai iaitu tarikh self rule mereka juga diperolehi pada 1963.
Ertinya saya sarankan Semenanjung, Sabah dan Sarawak sambut hari merdeka masing-masing pada tarikh yang disebut tadi.
Namun pada 16 Sept iaitu Hari Malaysia disambut gilang gemilang diraikan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bersama-sama sebagai satu rakyat Malaysia. Lantas tajuk artikel ini.
Itu sekadar cadangan saya yang tidak dihiraukan. Come to think of it tiada siapa pun yang minta saya utarakan cadangan in the first place. Saya sahaja yang ‘syok sendiri’.
Apa pun teringat satu laporan akhbar The Sun Daily pada Sept 2013 mengenai salah seorang pengasas penubuhan Malaysia dari Sarawak bernama Dominic Andrew Dagok anak Randen.
Menurut beliau oleh kerana waktu itu Brunei dikatakan berminat bergabung dengan Malaya, Sabah (yang dikenali sebagai North Borneo), Sarawak dan Singapura, parti beliau yang dikenali sebagia ‘Panas’ mencadangkan negara atau persekutuan yang akan ditubuhkan diberi nama ‘Borbrusima’.
‘Borbrusima’ ialah singkatan untuk Borneo, Brunei, Singapura dan Malaya”. Ini kata Dominic Andrew Dagok ialah untuk memberi gambar tepat akan komposisi negara yang bakal ditubuhkan.
Bagaimanapun ramai pemimpin tidak setuju.
Bayangkan jika Brobrusima dipilih sebagai nama negara ini. Apa agaknya nama baru yang akan digunakan apabila Singapura keluar meninggalkan persekutuan pada 8 Ogos 1965?
Mujurlah nama sedap didengar dipilih sebagai nama negara ini. Buat Malaysia – Selamat Hari Malaysia. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.