`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Saturday, September 26, 2026

Raja Perlis terima menghadap menteri komunikasi

 Pertemuan itu menjadi ruang bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa dalam bidang komunikasi, khususnya berkaitan kepentingan penyampaian maklumat tepat.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima mengadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Balai Mengadap Biru, Istana Arau. (Gambar Istana Arau)
PETALING JAYA:
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima menghadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Balai Mengadap Biru, Istana Arau di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Abdul Halim Hamzah.

Istana Arau dalam kenyataan berkata majlis menghadap itu menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa dalam bidang komunikasi, khususnya berkaitan kepentingan penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan mudah diakses oleh masyarakat.

Menurutnya, dalam konteks Perlis, kemajuan komunikasi dan keterhubungan digital mempunyai peranan penting dalam merapatkan hubungan masyarakat, memperluas akses kepada maklumat serta membuka lebih banyak peluang dalam pendidikan, ekonomi dan pembangunan komuniti.

“Aspek literasi digital turut menjadi semakin penting bagi memastikan masyarakat, khususnya generasi muda dapat memanfaatkan teknologi secara positif, berhemah dan bertanggungjawab seiring dengan perkembangan landskap komunikasi masa kini,” katanya.

Istana Arau berkata pertemuan itu turut memberi penekanan kepada kepentingan memperkukuh ekosistem komunikasi di Perlis supaya manfaat kemajuan teknologi dan akses maklumat dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh masyarakat negeri itu.

“Perlis sesungguhnya memasang impian besar untuk menjayakan Pelan Bandar Pintar Negeri Perlis 2030 dengan harapan untuk mendapat bantuan daripada kerajaan pusat menerusi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.