`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Saturday, September 26, 2026

Peruntukan RM2.8 juta baik pulih infrastruktur pendidikan Islam di Kedah

 Perdana menteri berkata, peruntukan disalur agar pelajar dapat tuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat.

Anwar Ibrahim
PM Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Madani akan terus martabatkan syiar Islam dengan perkukuh institusi pendidikan Islam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM2.8 juta tahun ini untuk membaik pulih infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Kedah.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, peruntukan itu disalurkan agar para pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat.

“Kerajaan Madani akan terus memartabatkan syiar Islam dengan memperkukuh institusi pendidikan Islam serta menyuburkan pengajian dan kefahaman ilmu hadis dalam masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, perdana menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM250,000 bagi pelaksanaan Program Khatam Hadis Sunan Sittah dan Musthola Hadis.

Kedua-dua peruntukan itu, katanya, akan diselaras oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Negeri Kedah.

“Semoga ikhtiar ini membawa manfaat kepada para pelajar dan terus menyuburkan budaya ilmu dalam masyarakat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.