Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan susulan laporan mengenai kehilangan kabel TNB.

Remaja berusia 18 tahun itu ditahan pada 3 pagi tadi, selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kabel TNB bersaiz 150 milimeter (mm) sepanjang kira-kira 1,000 meter dianggarkan bernilai RM8,000.
Pasukan dari IPD Dungun bergegas ke lokasi dan suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri.
“Hasil tindakan susulan polis menahan seorang remaja tempatan berusia 18 tahun yang berada di dalam sebuah kereta.
“Polis turut merampas sebuah kenderaan, beberapa keratan dan batang kabel TNB, alat pemotong kabel serta sebuah beg mengandungi peralatan pertukangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu,” kata Ketua Polis Dungun, Nik Ab Halim Nik Mat, dalam kenyataan.
Siasatan awal mendapati kabel berkenaan dipercayai dipotong menggunakan peralatan pemotong sebelum penebatnya dibuang bagi mendapatkan wayar tembaga.
Remaja itu dibawa ke Mahkamah Dungun hari ini dan direman selama empat hari hingga 27 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.