`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Wednesday, September 23, 2026

Akta baharu ganti Auku mungkin tak sempat bentang sidang Parlimen bulan depan

 Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata libat urus sedang diadakan dengan pelbagai pihak, termasuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

ZAMBRY ABDUL KADIR
Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata draf akta baharu mengambil masa kerana perlu merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi, bukannya terhad kepada hal berkaitan mahasiswa semata-mata.
KUALA LUMPUR:
Akta baharu menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) mungkin tidak sempat dibentangkan dalam sidang Parlimen bulan depan kerana libat urus komprehensif sedang diadakan dengan pelbagai pihak.

Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir, berkata libat urus itu membabitkan perbincangan luas dan menyeluruh.

“Dari segi garis masa, kita akan berusaha sama ada boleh dilakukan bacaan kali pertama pada bulan 10 (Oktober).

“Kalau Oktober agak terlalu sukar untuk kita lakukan, mungkin di sesi (Parlimen) akan datang,” katanya selepas Majlis Penutup University Research & Innovation Investment Summit 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau berkata, perbincangan turut membabitkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang diketuai Saifuddin Abdullah bagi mendapatkan maklum balas berhubung draf akta itu.

Jelasnya, draf akta baharu itu mengambil masa kerana perlu merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi, bukannya terhad kepada hal berkaitan mahasiswa semata-mata.

“Auku membabitkan 44 seksyen dan hanya tujuh seksyen berkaitan mahasiswa. Baki seksyen lain menyentuh aspek penubuhan universiti, tadbir urus dan akademik.

“Sebab itu libat urus dibuat secara meluas membabitkan semua pihak sama ada kerajaan, pembangkang mahupun pentadbiran universiti dan akademik.”

Sidang Dewan Rakyat seterusnya akan bermula 5 Okt hingga 8 Dis ini yang akan memfokuskan pembentangan Belanjawan 2027.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 15 Ogos lalu mengumumkan Auku akan dimansuhkan kerana ada perkara belum memuaskan hati mahasiswa selepas beberapa pindaan dilakukan.

Susulan itu, beliau dilaporkan berkata, kerajaan menyasarkan RUU berkaitan akan dibentangkan di Dewan Rakyat tahun ini.

Auku yang digubal pada 1971 menjadi tumpuan perdebatan mengenai kebebasan mahasiswa melakukan bantahan, berorganisasi dan menyuarakan pandangan mengenai isu politik serta awam.

Ia kali terakhir dipinda pada 2024 untuk memberikan autonomi lebih besar kepada persatuan mahasiswa dalam pengumpulan dana dan aktiviti lain. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.