Bekas menteri berkata, isu libat adat, undang-undang negeri dan Perlembagaan Persekutuan perlu diselesaikan menerusi saluran undang-undang.

Beliau berkata, isu yang turut melibatkan adat, undang-undang negeri dan Perlembagaan Persekutuan perlu diselesaikan menerusi saluran undang-undang, bukannya perdebatan terbuka atau sentimen.
“Apabila satu pihak mengatakan mereka mempunyai hak dan pihak lain juga mengatakan perkara sama, bermakna wujud pertikaian yang perlu diputuskan.
“Mahkamah perlu mempercepat apa juga pendengaran yang diperlukan bagi merumuskan persoalan undang-undang itu,” katanya yang juga pernah menjadi menteri dalam negeri dan menteri luar hari ini.
Beliau berkata, pihak yang mempunyai bidang kuasa, termasuk peguam negara dan kerajaan, berhak menjalankan tanggungjawab masing-masing dan tindakan mereka tidak sewajarnya dianggap sebagai campur tangan selagi mahkamah belum memutuskan sebaliknya.
Beliau turut menggesa semua pihak mengelak daripada mengeluarkan kenyataan terbuka yang bercanggah kerana tindakan sedemikian hanya boleh menambahkan kegusaran serta menyukarkan usaha mencari penyelesaian secara munasabah dan rasional.
“Rakyat Malaysia keliru, orang luar (bukan tempatan) juga keliru,” katanya.
“Ini bukan lagi soal dalaman sesuatu kumpulan atau negeri kerana telah menjadi kemelut umum yang dilihat rakyat yang perlu diselesaikan. Keadaan ini menjejaskan keyakinan. Ini tidak baik untuk politik Malaysia dan juga persepsi orang ramai.”
Syed Hamid berkata, sebarang tindakan berkaitan kedudukan atau pelucutan jawatan perlu dibuat mengikut kaedah dan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan serta undang-undang. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.