`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Wednesday, September 23, 2026

‘Soal ekuiti, rujuk keputusan Najib dulu’, Srikandi PKR beritahu Nooryana

 Ketua Srikandi PKR ingatkan bahawa ketika Najib Razak jadi PM, kerajaannya umum liberalisasi 27 subsektor perkhidmatan tanpa syarat ekuiti.

Ketua Srikandi PKR Nurhidayah Che Rose berkata, Ketua Penerangan Puteri Umno Nooryana Najwa Najib berhak kritik kerajaan, namun isu dasar ekuiti tidak seharusnya dibangkitkan secara terpilih.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin PKR menggesa Ketua Penerangan Puteri Umno Nooryana Najwa Najib agar merujuk keputusan kerajaan terdahulu pimpinan bapanya, Najib Razak, sebelum mempertikaikan perubahan syarat ekuiti 30% Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta.

Ketua Srikandi PKR Nurhidayah Che Rose mengingatkan beliau, pada April 2009, ketika Najib menjadi perdana menteri, kerajaannya mengumumkan liberalisasi 27 subsektor perkhidmatan tanpa syarat ekuiti, dan tiga tahun kemudian, liberalisasi diperluas kepada beberapa subsektor pendidikan.

“Pada 2012, pegangan ekuiti asing sehingga 100% dibenarkan bagi sekolah antarabangsa, sekolah teknikal dan vokasional tertentu serta universiti swasta,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Nooryana dilaporkan berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu segera memperbetul rekod dan menjelaskan mengapa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dikaitkan dengan penyelarasan syarat pegangan 30% ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta.

Sedangkan, katanya, Miti telah menegaskan bahawa kementerian itu tidak terlibat dalam penentuan dasar tersebut.

Dalam pada itu, Nurhidayah berkata, perkembangan itu menimbulkan persoalan mengenai konsistensi Nooryana dalam mempertikaikan perubahan dasar kerajaan hari ini.

Nooryana berhak mengkritik kerajaan, katanya, namun isu dasar ekuiti tidak seharusnya dibangkitkan secara terpilih dengan mengetepikan rekod pentadbiran terdahulu.

“Jika liberalisasi ketika pentadbiran Najib boleh dilaksanakan sebagai sebahagian perubahan dasar ekonomi, mengapa perubahan syarat ekuiti hari ini terus dijadikan modal untuk menyerang kerajaan?”

“Itulah soal konsistensi yang perlu Nooryana jawab,” katanya.

Semalam, Miti berkata, pihaknya tidak mempunyai makluman mengenai keputusan KPM memansuhkan syarat pemilikan ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 30% bagi institusi pendidikan swasta.

Miti menjelaskan, perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera adalah bawah bidang kuasa Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Ekonomi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.