`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Thursday, September 24, 2026

2 ditahan, wanita OKU maut akibat selisih faham

 Polis menerima laporan selepas ahli keluarga menyedari mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya.

Ketua Polis Kuala Kangsar Heisham Harun berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua lelaki ditahan susulan kematian seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah di Kampung Cheh Kati, Kuala Kangsar, yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Ketua Polis Kuala Kangsar, Heisham Harun, berkata laporan diterima kira-kira 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya.

Beliau berkata, polis kemudian menahan dua lelaki dipercayai terbabit kejadian itu dan menemui sebilah pisau disyaki digunakan sebagai senjata.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek,” katanya menurut Sinar Harian.

Terdahulu, media melaporkan Nor Ainon Omar, 49, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah yang didiaminya bersama suami dan tiga anak.

Heisham berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan kes bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Kangsar, Fadhil Ab Wahab di talian 019-7272033 atau Bilik Gerakan IPD Kuala Kangsar 05-7762222. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.