`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Wednesday, September 23, 2026

108 sekolah di Serian ditutup esok akibat jerebu

 Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sementara sekolah.

jerebu
Serian merekodkan bacaan indeks pencemaran udara 217 setakat 10 malam ini. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Semua sekolah di daerah Serian ditutup esok susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melepasi 201 malam ini.

Jabatan Pendidikan Sarawak memaklumkan ia membabitkan 108 sekolah di Serian.

“Sehubungan itu, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sementara sekolah,” katanya dalam kenyataan.

Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, kawasan Serian mencatat bacaan IPU 217 setakat 10 malam ini.

Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.