`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Thursday, September 24, 2026

Loke kekal berundur jaga DAP, tapi mungkin tambah tekanan terhadap Anwar, kata penganalisis

 Azmi Hassan berkata penerimaan peletakan jawatan Loke Siew Fook boleh buka ruang tekanan politik terhadap Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan.

Kelmarin Loke Siew Fook berkata beliau kekal dengan keputusan meletak jawatan walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim memintanya mempertimbangkan semula hasrat itu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Keputusan Loke Siew Fook untuk kekal dengan pendiriannya berundur sebagai menteri pengangkutan dilihat mampu mempertahankan prinsip DAP dalam isu pengampunan bersyarat Najib Razak, kata penganalisis.

Bagaimanapun, langkah itu pada masa sama boleh menambah tekanan politik terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan.

mazlan ali
Mazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, langkah setiausaha agung DAP membolehkan parti itu menunjukkan kepada penyokong bahawa ia masih berpegang kepada prinsipnya, sementara menteri dan timbalan menterinya yang lain kekal dalam kerajaan.

“Loke mengambil jalan tengah yang maksimal kepada DAP tetapi minimal kepada kerajaan kerana beliau juga mengambil kira kestabilan kerajaan,” katanya kepada FMT.

Namun, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berpandangan penerimaan peletakan jawatan Loke oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh membuka ruang kepada persoalan mengapa pemimpin DAP lain masih kekal dalam kerajaan.

“Risikonya besar kerana Umno boleh memberi tekanan mengapa Anwar menerima peletakan jawatan Loke seorang.

Azmi Hassan
Azmi Hassan.

“Ini boleh dijadikan senjata oleh pihak yang mahu menggugat kestabilan kerajaan perpaduan,” katanya yang menyifatkan ada asas untuk Anwar meminta Loke mempertimbangkan semula keputusannya.

Kelmarin, Loke berkata beliau kekal dengan keputusan untuk meletak jawatan walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim memintanya mempertimbangkan semula hasratnya.

Ahli Parlimen Seremban itu mengumumkan hasrat meletak jawatan selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP pada 19 Sept lalu susulan keputusan pengampunan bersyarat Najib.

Minggu lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah dengan syarat membayar denda RM50 juta.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata, permintaan Anwar supaya Loke mempertimbangkan semula keputusannya juga perlu dilihat dalam konteks usaha perdana menteri mengekalkan kestabilan pentadbiran sehingga akhir penggal.

Syaza Shukri.
Syaza Shukri.

Beliau juga tidak melihat isu berkenaan sebagai petanda konflik besar antara parti dalam Pakatan Harapan (PH), namun menjangkakan ketegangan antara DAP dan Umno berhubung Najib akan berterusan terutama di peringkat akar umbi.

“Umno dan DAP memang berada di dua penjuru yang berbeza. Saya tidak nampak hubungan di peringkat akar umbi akan reda, tidak seperti pemimpin kedua-dua parti yang masih boleh bekerjasama,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.