`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Thursday, September 24, 2026

Akar umbi mahu PAS tanding kerusi Wan Saiful, ugut boikot PRU16

 PAS cawangan Lahar Yooi berkata mereka akan tutup bilik operasi serta boikot pilihan raya jika calon kelak bukan daripada PAS.

wan saiful wan jan
PAS cawangan Lahar Yooi kata pihaknya buat pendirian muktamad berhubung desakan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, yang diwakili Naib Presiden Wawasan, Wan Saiful Wan Jan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Akar umbi PAS mendesak parti mereka bertanding di Parlimen Tasek Gelugor yang kini diduduki Naib Presiden Wawasan, Wan Saiful Wan Jan.

PAS cawangan Lahar Yooi berkata mereka akan tutup bilik operasi serta boikot pilihan raya jika calon kelak bukan daripada PAS.

Katanya, desakan ini mengambil kira “segala faktor kekuatan” PAS di Lahar Yooi, sebuah unit daerah mengundi dalam DUN Sungai Dua, dalam Parlimen Tasek Gelugor.

“Pendirian ini tetap dan muktamad memandangkan semua parti pernah mewakili Tasek Gelugor kecuali PAS, kini tiba giliran PAS!” katanya di Facebook.

“PAS cawangan Lahar Yooi akan menutup pintu bilik operasi sekiranya bukan calon daripada PAS yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan semua ahli serta penyokong PAS di cawangan ini akan memboikot PRU16 yang bakal diadakan.”

DUN Sungai Dua sekarang ini diwakili Fauzi Yusoff, yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Pada PRU15, calon Perikatan Nasional, Wan Saiful Wan Jan, merampas Tasek Gelugor daripada Barisan Nasional dengan kelebihan 12,252 undi. Beliau ketika itu bersama Bersatu.

Wan Saiful kini bersama Wawasan, salah satu komponen Perikatan Nasional yang turut dianggotai PAS.

FMT sedang mendapatkan respons Wan Saiful. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.