`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Wednesday, October 21, 2026

Penjawat awam Sarawak akan terima bantuan khas 2 bulan gaji

 Pesara perkhidmatan awam Sarawak akan menerima bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500.

Anwar Ibrahim
Penjawat awam persekutuan di Sarawak dan pengamal media swasta berdaftar dengan enam persatuan media di negeri itu akan mendapat bantuan khas kewangan RM700 sekali beri.
KUCHING:
Kerajaan Sarawak mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri serta RM700 untuk penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.

Premier Sarawak, Abang Johari Openg, berkata BKK dua bulan gaji itu berdasarkan gaji pokok terakhir November ini, dengan pembayaran dijadualkan sebelum hujung tahun ini.

“Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada 19,851 penjawat awam Sarawak dengan anggaran perbelanjaan RM144 juta,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Negeri 2027 pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini.

Bagi penjawat awam persekutuan di Sarawak pula, beliau mengumumkan RM700 secara sekali beri.

“Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada 132,347 anggota perkhidmatan awam persekutuan dengan anggaran perbelanjaan RM93 juta dan akan dibayar pada suku pertama 2027.

“Buat pesara perkhidmatan awam Sarawak, kami beri bantuan kewangan secara sekali beri sebanyak RM500 seorang kepada lebih kurang 10,141 penerima dengan anggaran perbelanjaan RM5.1 juta.”

Selain itu, Abang Johari turut mengumumkan insentif RM700 seorang kepada pengamal media swasta berdaftar dengan enam persatuan media di Sarawak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.